Kamis, 27 Februari 2014

Penjawat Awam Perlu Semai Semangat Patriotik


PUTRAJAYA – Penjawat awam dan seluruh rakyat harus berganding bahu dalam memelihara dan mempertahankan keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran negara daripada ancaman dalam mahupun luar negara.

Timbalan Menteri Teknologi, Sains dan Inovasi (MOSTI), Datuk Abu Bakar Mohamad Diah berkata pekerja sektor awam harus berperanan menyemai nilai-nilai patriotisme dan sayang kepada negara di dalam diri mereka.

“Sehubungan itu, penjawat awam bersama-sama rakyat Malaysia perlu menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan ke-56 dan sambutan Hari Malaysia ke-50,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis menyemarakkan bulan Kemerdekaan sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 dan sambutan Hari Malaysia ke-50, di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.

Lebih 500 penjawat awam dari Mosti, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyertai majlis tersebut yang dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, bacaan ikrar Rukun Negara dan nyanyian lagu-lagu patriotik.

Sementara itu, Mohamad Zabidi berkata penyertaan penjawat awam dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan itu membuktikan bahawa semangat cintakan negara dan menghargai erti kemerdekaan wujud dalam kalangan penjawat awam dan budaya berkenaan diteruskan, pada masa depan.

Tema Hari Kemerdekaan tahun ini ‘Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku’ adalah bersifat perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik dan kesatuan negara bangsa, katanya.

“Ia juga bertujuan mengingatkan rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan negara dan mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan tanah air,” katanya. – BERNAMA
ReadFull Article ..

Rabu, 26 Februari 2014

Budak 10 tahun dijadikan ‘keldai dadah’

SABTU, 10 MAC 2012

Foto hiasan.




KUALA LUMPUR - Sungguh membimbangkan apabila penagihan syabu bukan saja menular di kalangan pelajar seawal usia 13 tahun, malah ada budak semuda 10 tahun dijadikan ‘keldai dadah’ oleh sindiket bagi mengaburi pihak berkuasa.

Selain menjejaskan pembelajaran dan memudaratkan kesihatan mental serta fizikal, penyalahgunaan syabu yang juga dikenali sebagai ‘ice’ dan ‘batu’ di kalangan pelajar boleh menjerumuskan mereka ke kancah jenayah.

Buktinya, ada yang ‘berperangai hantu’ apabila berani mencabul rakan sekelas, bergaduh dengan guru dan mencuri duit ibu bapa.

Bagi pengedar cilik pula, kemiskinan hidup menjadi alasan mereka mudah terjebak dengan pujuk rayu sindiket dadah biarpun upah diterima tidak seberapa.

Berikut pengakuan beberapa pelajar dan individu yang sukar melupakan ketagihan selepas terjerat dengan bahan terlarang itu sejak di bangku sekolah, selain kisah keberanian pengedar kanak-kanak di Sabah demi sesuap nasi.
ReadFull Article ..

Selasa, 25 Februari 2014